Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Hi dan salam hormat buat semua ahli Malaysia Peugeot Network dan peminat sesi  D.I.Y.

Ketika memandu kita sering diganggu dengan pelbagai bunyi bunyian selain dari bunyi hi-fi/pemain CD atau radio didalam kabin dan ini kadang kala menggangu ketenangan kita di ketika memandu dan sedikit sebanyak mengubah cara pemanduan kita. Untuk kita menghantar kekedai yang menyediakan perkhidmatan ini sudah tentu harganya akan menjadi perkiraan kita.

Kali ini saya akan menulis bagaimana meningkatkan tahap penebat atau pelenyap bunyi didalam kereta dengan kos yang mampu kita sediakan,cuma dengan sedikit keberanian dan tenaga serta masa kita mampu melakukan sendiri dirumah atau dimana mana yang difikirkan sesuai secara bersendirian atau berkumpulan, dan saya akan menjelaskan dengan cara yang paling mudah difahami semampu boleh.

Baik kita pergi pada peralatan yang perlu ada saperti dibawah:

 

Setelah semua bahan telah disediakan,boleh lah kita mulakan DIY kita ini, sapertimana saya laku bermula dari 'boot' hadapan ( ini terpulang pada saudara/i dimana hendak dimulakan  sama ada luar atau dalam terpulang pada keselesaan dan masa), tanggalkan pelapik yang sedia ada  dan bersih kan dari kesan minyak dan habuk sebelum kita mengukur keluasan boot tadi,dan seterusnya kita mengukur (mengikut bentuk pada boot tadi)dan seterusnya kita memotong fome mate tadi mengikut luas yang hendak kita tampal.,setelah selesai pasang kembali pelapik asal saperti semula.

      

Seterusnya lakukan dibahagian pintu pula (disini saya hanya menunjukkan pintu hadapan sahaja) perlu saya ingat supaya berhati hati semasa melakukan kerja kerja DIY di bahagian pintu ini bagi mengelakkan kerosakan terutama pada bahagian yang di perbuat dari plastik,

Tanggalkan kesemua empat skru utama dan 5 skru pada 'speaker panel' (2 dibahagian luar dan 3 dibahagian dalam) juga tanggalkan alat penyentap naik dan juga pelapik pembuka pintu, dan seterusnya tanggalkan pelapik pintu dengan berhati hati.

.       

Dan lakukan lah pembersihan dari kesan tar,minyak dan habok (jangan sesekali mengunakan bahan yang berasaskan minyak,sebaiknya gunakan sabun ) seterusnya lakukan pengukuran dan pemotongan fome mate (adalah  digalakkan buat pemotongan yang kecil bagi memudahkan kerja kerja tampalan).

                 

Dan seterusnya lakukan dibahagian bahagian yang lain mengikut keperluan,saperti yang saya lakukan saperti di tempat duduk belakang,boot belakang dan jika bekemampuan lakukan sekali dibahagian bunbung (tidak perlu sebenarnya).

               

Setelah selesai pemasangan fome mate pada kesemua bahagian, pasanglah semula saperti sediakala perkara perkara yang telah kita tanggalkan tadi, dan kemaskan mana yang patut saperti kesan gam dan sebagainya,

Oleh kerana saya tidak mempunyai alat pengukur bunyi maka saya tidak dapat menyataan dengan tepat akan kesan yang dihasilkan. saya cuma mampu menguji secara tradisional (dengan memandu pada kelajuan 170 -180km) dan alhamdullilah kesan bunyi bising dari luar kereta dapat dikurangkan dan dapat menikmati bunyi hi fi dari kereta saya dengan tenang dan selesa.

          

Selamat mencuba semoga kita berjumpa lagi di sesi yang lain.

Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi saya melalui email - obey_one@mypeugeot.net

www.mypeugeot.net